Blogger Templates - See more at: http://24work.blogspot.com/2012/01/how-to-change-mouse-cursor-in-blogger.html#sthash.N3ZZRXRa.dpuf
Assalamualaikum.terima kasih kerana sudi lawati blog saya.maaf andai ayat dan kata-kata yang ditulis mengguris hati.semua yang baik datangnya dari Allah, yang khilaf datangnya dari Allah namun disandarkan pada diri saya sendiri.

masih ada yang sayang

 

kita sering diuji sama ada dengan apa yang kita ada, atau pun dengan apa yang kita sayang. kita sering bertanya, atau mempersoalkan kenapa dan mengapa tuhan menyandarkan kepada kita. apa sebenarnya silap kita? mengapa kita yang perlu hadapinya? setiap kali ia berlegar di ingatan kita, semakin kita jauh daripada rasa sayang kita kepada dia. ye, memang kita perlu berfikir apa hikmahnya tuhan uji kita. tapi apa yang sering berlaku, kita tidak pernah menterjemah atas setiap sesuatu. sifat abadi manusia. melatah sebelum berfikir. pokoknya, bersyukur lebih baik daripada mempertikai. Allah tidak pernah silap merancang dalam menentukan sesuatu kepada kita. kita bukanlah sesiapa untuk menghalang atau pun melawan takdir. kadang-kadang, apa yang kita nak atau pun apa yang kita layak untuk terima, tuhan tidak memberikannya. mulalah pada masa itu perbagai persoalan terlintas di hati seolah-olah kita ini lebih berkuasa. kita silap, Allah akan bagi, mungkin bukan pada masanya atau pun lebih daripada apa yang layak terima. 

cuba bayangkan. kita tidak rezeki terhadap apa yang kita usaha sekian lama. kita terus bersabar dan terus berdoa tanpa henti. mungkin Allah sengaja melewatkan atau menahan sesuatu sebab dia ingin memberi kita keberkatan atas kesabaran kita selama ini. lagi besar ganjarannya daripada apa yang kita mahukan. betul tak? dalam hidup ini, tiada siapa tahu masa depan atau nasib kita akan datang. kita selalu tersesat dalam setiap liku-liku kehidupan. terlena dan alpa dalam setiap percubaan perjalanan. pada akhirnya, akan keluar ayat dan harapan yang sama iaitu andaikan aku boleh mengundurkan masa. oh, berapa kali kita pernah terfikir atau mahukan sebegitu? terlampau banyak. orang boleh kata, manusia sering melakukan kesilapan. ye, kita mengaku. tapi sampai bila kita ingin berterusan hidup dalam kesilapan? hidup dalam kehinaan dan berlumuran dengan dosa? 

hidup cuma sekali dan ianya takkan kembali bila sudah bertemu ilahi. pendek kata, dimana kita bermula, disitu juga kita berakhir. sebelum kita menjadi hamba derhaka, sebelum kita berteriak ingin kembali ke dunia semula, ingatlah bahawa kita semuanya tiada apa. hanya anggota menjadi saksi, hanya amalan menjadi penyelamat di kemudian hari. mungkin kita masih tertawa seolah-olah hidup seribu tahun, seratus minggu, sepuluh hari dan satu minit. tanpa sedar bahawa ini akan mati. memohon petunjuk dan hidayah atas segala apa yang kita lakukan. semuanya daripada Allah yang mengetahui segala sesuatu. kekhilafan dan kehinaan semalam tidak akan terubat andai berterusan mengharap tanpa meminta. Allah sentiasa menanti doa setiap hambanya. berdoalah, walaupun kita sentiasa berselimut kehinaan dosa :"(

No comments:

Post a Comment