Usul Debat Gender 2013 (The Great Gender Debate 2013)
1.DEWAN INI AKAN MEWAJIBKAN POLISI SATU ANAK SATU KELUARGA DI NEGARA MISKIN
2 DEWAN INI MENYOKONG DISKRIMINASI POSITIF DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI WANITA
3 DEWAN INI AKAN MEMILIKNEGARAKAN INSTITUSI PEMBANTU RUMAH DI MALAYSIA
4 DEWAN INI AKAN MENJENAYAHKAN PERKAHWINAN DI BAWAH UMUR
5 DEWAN INI PERCAYA FEMINISME BERAT SEBELAH
6 DEWAN INI LEBIH MEMPERCAYAI KETUA NEGARA WANITA
7 DEWAN INI AKAN MENGORBANKAN BUDAYA DEMI MEMBEBASKAN WANITA
8 DEWAN INI AKAN MENGHARAMKAN IKLAN YANG MENDISKRIMINASI WANITA
9 DEWAN INI AKAN MEWAJIBKAN MAJIKAN SEKTOR SWASTA MENYEDIAKAN PUSAT ASUHAN UNTUK ANAK ANAK KAKITANGAN DITEMPAT KERJA
10 DEWAN INI AKAN MENAMBAH JUMLAH ANGGOTA KESELAMATAN WANITA
11 DEWAN INI MENCADANGKAN SURIRUMAH DIBERI ELAUN BULANAN
12 DEWAN INI AKAN MEMECAHKAN FENOMENA SILING KACA DALAM POLITIK
13 DEWAN INI PERCAYA BAHAWA INDEKS KESENJANGAN GENDER HANYA UKURAN KACAMATA MEREKA.
14 DEWAN INI AKAN MEWAJIBKAN PELANTIKAN SEKURANG-KURANGYA 30% AHLI DEWAN NEGARA WANITA.
15 DEWAN INI AKAN MEWAJIBKAN KEANGGOTAAN MINIMUM 30% AHLI LEMBAGA PENGARAH WANITA BAGI SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI.
16 DEWAN INI MENCADANGKAN AGAR AHLI YANG MENJATUHKAN MARUAH WANITA SEMASA PERBAHASAN DI PARLIMEN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH
Koleksi Zikir Terapi 2 (Hafiz Hamidun)
"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim
dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu
menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas
segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
masih ada yang sayang
kita sering diuji sama ada dengan apa yang kita ada, atau pun dengan apa yang kita sayang. kita sering bertanya, atau mempersoalkan kenapa dan mengapa tuhan menyandarkan kepada kita. apa sebenarnya silap kita? mengapa kita yang perlu hadapinya? setiap kali ia berlegar di ingatan kita, semakin kita jauh daripada rasa sayang kita kepada dia. ye, memang kita perlu berfikir apa hikmahnya tuhan uji kita. tapi apa yang sering berlaku, kita tidak pernah menterjemah atas setiap sesuatu. sifat abadi manusia. melatah sebelum berfikir. pokoknya, bersyukur lebih baik daripada mempertikai. Allah tidak pernah silap merancang dalam menentukan sesuatu kepada kita. kita bukanlah sesiapa untuk menghalang atau pun melawan takdir. kadang-kadang, apa yang kita nak atau pun apa yang kita layak untuk terima, tuhan tidak memberikannya. mulalah pada masa itu perbagai persoalan terlintas di hati seolah-olah kita ini lebih berkuasa. kita silap, Allah akan bagi, mungkin bukan pada masanya atau pun lebih daripada apa yang layak terima.
cuba bayangkan. kita tidak rezeki terhadap apa yang kita usaha sekian lama. kita terus bersabar dan terus berdoa tanpa henti. mungkin Allah sengaja melewatkan atau menahan sesuatu sebab dia ingin memberi kita keberkatan atas kesabaran kita selama ini. lagi besar ganjarannya daripada apa yang kita mahukan. betul tak? dalam hidup ini, tiada siapa tahu masa depan atau nasib kita akan datang. kita selalu tersesat dalam setiap liku-liku kehidupan. terlena dan alpa dalam setiap percubaan perjalanan. pada akhirnya, akan keluar ayat dan harapan yang sama iaitu andaikan aku boleh mengundurkan masa. oh, berapa kali kita pernah terfikir atau mahukan sebegitu? terlampau banyak. orang boleh kata, manusia sering melakukan kesilapan. ye, kita mengaku. tapi sampai bila kita ingin berterusan hidup dalam kesilapan? hidup dalam kehinaan dan berlumuran dengan dosa?
hidup cuma sekali dan ianya takkan kembali bila sudah bertemu ilahi. pendek kata, dimana kita bermula, disitu juga kita berakhir. sebelum kita menjadi hamba derhaka, sebelum kita berteriak ingin kembali ke dunia semula, ingatlah bahawa kita semuanya tiada apa. hanya anggota menjadi saksi, hanya amalan menjadi penyelamat di kemudian hari. mungkin kita masih tertawa seolah-olah hidup seribu tahun, seratus minggu, sepuluh hari dan satu minit. tanpa sedar bahawa ini akan mati. memohon petunjuk dan hidayah atas segala apa yang kita lakukan. semuanya daripada Allah yang mengetahui segala sesuatu. kekhilafan dan kehinaan semalam tidak akan terubat andai berterusan mengharap tanpa meminta. Allah sentiasa menanti doa setiap hambanya. berdoalah, walaupun kita sentiasa berselimut kehinaan dosa :"(
FM : Dunia Debat
2. Debat keamanan 2013, universiti pertahanan nasional malaysia, KUALA LUMPUR
3. Debat Terbuka Kenyalang 2013, uitm sarawak, SARAWAK.
4. Debat Perpaduan 2013, universiti malaysia sabah, SABAH
Antara Aku dan Kamu
Judul: Antara Aku dan Kamu
Penulis: Fyszal Muhammad
Sinopsis:
Keputusan Ain untuk berkahwin pada usia muda membuktikan
akan cintanya yang mekar atas dasar keikhlasan dan kesetian perhubungan harus
diakhiri dengan ikatan yang sah. Dia memilih seorang lelaki yang lebih berusia
daripadanya yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta,
Aswad. Aswad seorang yang yang setia, kacak dan memilih Ain atas rasa kasih
sayang yang berputik sejak zaman persekolahan lagi. Pada awal perancangan perkahwinan
mereka, pelbagai halangan yang terjadi termasuklah daripada keluarga Ain menjadikan
alasan dia masih belajar dan perlu lebih perhatian terhadap terhadap
pelajarannya.
Pergolakan
dalam percintaan mereka tidak mematahkan semangat untuk terus bersama sehingga
capai impian untuk hidup bersama. Aswad terpaksa menghadapi pelbagai persaingan
untuk terus memegang erat hati Ain yang raput disaat cinta mereka digugat oleh
orang ketiga. Ain memiliki wajah yang ayu dilitupi selendang pelangi bersama
sebentuk cincin di jari manis kiri tanda kasih seorang dewasa. Aswad sering
mendapat berita tentang kecurangan kekasihnya di saat mereka berjauhan di laman
sosial dan dari mulut kawannya sendiri. Namun, Aswad terus tabah dan berfikiran
positif terhadap Ain disebabkan rasa sayang yang tak ternilai sehingga seluruh
hidupnya telah diletakkan kepada Ain. Usia yang masih muda membuatkan Ain
berasa dirinya masih perlukan hidup yang bebas, membuat keputusan sendiri dan
perlukan kenalan yang ramai termasuklah semua peminat akan dirinya.
Hati
Aswad sering dikecewa dan dilukakan oleh Ain tanpa alasan yang munasabah.
Semakin hari, semakin perit untuk Aswad telan kerana memilih Ain yang masih
menutut dan masih remaja. Namun percintaan berkekalan hingga ke alam
perkahwinan. Bagaimana kekentalan dan kesetiaan hati Aswad dalam memiliki cinta
Ain yang masih muda serta pergolakan dalam perhubungan mereka? Dan apakah
tentangan sewaktu mereka bersetuju untuk disatukan?
nantikannya..
Subscribe to:
Comments (Atom)



