Judul: Antara Aku dan Kamu
Penulis: Fyszal Muhammad
Sinopsis:
Keputusan Ain untuk berkahwin pada usia muda membuktikan
akan cintanya yang mekar atas dasar keikhlasan dan kesetian perhubungan harus
diakhiri dengan ikatan yang sah. Dia memilih seorang lelaki yang lebih berusia
daripadanya yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta,
Aswad. Aswad seorang yang yang setia, kacak dan memilih Ain atas rasa kasih
sayang yang berputik sejak zaman persekolahan lagi. Pada awal perancangan perkahwinan
mereka, pelbagai halangan yang terjadi termasuklah daripada keluarga Ain menjadikan
alasan dia masih belajar dan perlu lebih perhatian terhadap terhadap
pelajarannya.
Pergolakan
dalam percintaan mereka tidak mematahkan semangat untuk terus bersama sehingga
capai impian untuk hidup bersama. Aswad terpaksa menghadapi pelbagai persaingan
untuk terus memegang erat hati Ain yang raput disaat cinta mereka digugat oleh
orang ketiga. Ain memiliki wajah yang ayu dilitupi selendang pelangi bersama
sebentuk cincin di jari manis kiri tanda kasih seorang dewasa. Aswad sering
mendapat berita tentang kecurangan kekasihnya di saat mereka berjauhan di laman
sosial dan dari mulut kawannya sendiri. Namun, Aswad terus tabah dan berfikiran
positif terhadap Ain disebabkan rasa sayang yang tak ternilai sehingga seluruh
hidupnya telah diletakkan kepada Ain. Usia yang masih muda membuatkan Ain
berasa dirinya masih perlukan hidup yang bebas, membuat keputusan sendiri dan
perlukan kenalan yang ramai termasuklah semua peminat akan dirinya.
Hati
Aswad sering dikecewa dan dilukakan oleh Ain tanpa alasan yang munasabah.
Semakin hari, semakin perit untuk Aswad telan kerana memilih Ain yang masih
menutut dan masih remaja. Namun percintaan berkekalan hingga ke alam
perkahwinan. Bagaimana kekentalan dan kesetiaan hati Aswad dalam memiliki cinta
Ain yang masih muda serta pergolakan dalam perhubungan mereka? Dan apakah
tentangan sewaktu mereka bersetuju untuk disatukan?
nantikannya..