Blogger Templates - See more at: http://24work.blogspot.com/2012/01/how-to-change-mouse-cursor-in-blogger.html#sthash.N3ZZRXRa.dpuf
Assalamualaikum.terima kasih kerana sudi lawati blog saya.maaf andai ayat dan kata-kata yang ditulis mengguris hati.semua yang baik datangnya dari Allah, yang khilaf datangnya dari Allah namun disandarkan pada diri saya sendiri.

Antara Aku dan Kamu

  


Judul: Antara Aku dan Kamu
Penulis: Fyszal Muhammad

Sinopsis:

                 Keputusan Ain untuk berkahwin pada usia muda membuktikan akan cintanya yang mekar atas dasar keikhlasan dan kesetian perhubungan harus diakhiri dengan ikatan yang sah. Dia memilih seorang lelaki yang lebih berusia daripadanya yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta, Aswad. Aswad seorang yang yang setia, kacak dan memilih Ain atas rasa kasih sayang yang berputik sejak zaman persekolahan lagi. Pada awal perancangan perkahwinan mereka, pelbagai halangan yang terjadi termasuklah daripada keluarga Ain menjadikan alasan dia masih belajar dan perlu lebih perhatian terhadap terhadap pelajarannya.

                Pergolakan dalam percintaan mereka tidak mematahkan semangat untuk terus bersama sehingga capai impian untuk hidup bersama. Aswad terpaksa menghadapi pelbagai persaingan untuk terus memegang erat hati Ain yang raput disaat cinta mereka digugat oleh orang ketiga. Ain memiliki wajah yang ayu dilitupi selendang pelangi bersama sebentuk cincin di jari manis kiri tanda kasih seorang dewasa. Aswad sering mendapat berita tentang kecurangan kekasihnya di saat mereka berjauhan di laman sosial dan dari mulut kawannya sendiri. Namun, Aswad terus tabah dan berfikiran positif terhadap Ain disebabkan rasa sayang yang tak ternilai sehingga seluruh hidupnya telah diletakkan kepada Ain. Usia yang masih muda membuatkan Ain berasa dirinya masih perlukan hidup yang bebas, membuat keputusan sendiri dan perlukan kenalan yang ramai termasuklah semua peminat akan dirinya.

                Hati Aswad sering dikecewa dan dilukakan oleh Ain tanpa alasan yang munasabah. Semakin hari, semakin perit untuk Aswad telan kerana memilih Ain yang masih menutut dan masih remaja. Namun percintaan berkekalan hingga ke alam perkahwinan. Bagaimana kekentalan dan kesetiaan hati Aswad dalam memiliki cinta Ain yang masih muda serta pergolakan dalam perhubungan mereka? Dan apakah tentangan sewaktu mereka bersetuju untuk disatukan?

 nantikannya..
 


3 comments: